PENGENALAN PSS

Pusat Sumber SMK Rantau Panjang merupakan satu gedung buat semua warga SMKRP bukan sahaja untuk pelajar dan gurunya malah terbuka kepada setiap pekerja yang dahagakan ilmu. Malah di sini juga mereka yang tinggal di persekitaran sekolah termasuk bekas pelajar SMKRP yang telah melanjutkan pelajaran turut dialu-alukan kehadiran mereka demi melahirkan insan yang cintakan ilmu da bersesuaian dengan motto Pusat Sumber SMKRP iaitu PUSAT SUMBER RANTAU, PENJANA INSAN BERILMU, PEMANGKIN WARGA CEMERLANG


MOTO PUSAT SUMBER
PUSAT SUMBER RANTAU, PENJANA INSAN BERILMU,
PEMANGKIN WARGA CEMERLANG

VISI PSS
PSS SMKRP  sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat bagi melahirkan warga gemilang dan berketrampilan.

MISI PSS
Ke arah melahirkan warga yang gemilang,PSS SMKRP akan memastikan misi kami akan dilaksanakan dengan jayanya:
·       Menjadikan PSS SMKRP sebagai pusat ilmu yang pelbagai maklumat dalam suasana yang kondusif.
·       Menyediakan kemudahan perkhidmatan dan rujukan bagi memenuhi keperluan warga SMKRP.
·       Menggalak dan menyuburkan budaya intelek melalui pelbagai program akademik dan ko-akademik.
·       Meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar melalui program bersepadu



OBJEKTIF PUSAT SUMBER

·       Meningkatkan pengurusan PSS SMKRP scara keseluruhan dalam pengurusan bahan,fizikal,susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran.
·       Meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan pelajarsekolah khasnya terutama bagi menjayakan Program NILAM.
·       Meningkatkan mutu P&P dan potensi individu.
·       Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak tertakluk pada buku teks sahaja.
·       Memupuk tabiat belajar sendiri dalam kalangan pelajar melalui rujukan,kajian dan sebagainya.
·       Menjadikan membaca sebagai amalan dalam kehidupan.
·       Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
·       Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
·       Mengumpul,menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.


MATLAMAT PSS   
                            
·       Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
·       Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kretif,inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara,bangsa dan agama.
·       Membentuk golongan pelajar yang berilmu,kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan yang positif.
·       Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

BUDAYA KERJA SEKOLAH
·       Memahami dan menghayati:
-         Falsafah Pendidikan Negara
-         Falsafah,Matlamat dan Objektif Sekolah
·       Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah,Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa.
·       Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
·       Menentukan objektif(setiap tugas).
·       Mengamalkan kerja secara mesyuarat dan berpasukan.
·       Sentiasa bekerja dengan bersih,cekap dan amanah.
·       Mengamalkan sikap jujur,ikhlas,amanah dan adil.
·       Mengamalkan perkhidmatan yang penyanyang.
·       Kepimpinan melalui teladan.
·       Sentiasa memimpin dan menilai sendiri.
·       Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.
·       Kerja adalah ibadat.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER
SMK RANTAU PANJANG
KAMI, dengan ilmu dan profesionalisme, kepakaran dan kemudahan yang ada dengan penuh dedekasi dan bertanggungjawab :
·       Memastikan semua warga SMKRP baik guru,pelajar mahupun pekerja berhak mendapatkan kemudahan pinjaman dan juga rujukan yang terdapat di Pusat Sumber.
·       Memastikan warga SMKRP mendapat bahan yang terkini dan mencukupi.
·       Memberikan perkhidmatan yang mesra dan adil kepada semua pelanggan atau pengunjung Pusat Sumber.
·       Memastikan warga SMKRP mendapat perkhidmatan yang mudah,cepat dan tepat.
·       Mementingkan warga SMKRP sebagai warga yang bermaklumat.